Saturday, November 22, 2008

Tahniah kepada PEPESTA


Tahniah kepada Persatuan Pengadil Sepak Takraw Brunei Darussalam (PEPESTA) kerana berjaya menganjurkan Seminar pengadil sepaktakraw baru-baru ini.

Presiden PEPESTA - Awg Ibrahim Amit dan rakan-rakannya dalam PEPESTA lebih layak mengemudikan Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam (PESTABARU) kerana mereka mempunyai visi, semangat serta kepakaran untuk mengembalikan kegemilangan sukan tradisi ini.

Ahli-ahli Jawantankuasa PESTABARU yang sudah ketandusan idea dan tidak mampu menghidupkan PESTABARU, sepatutnya bersedia mengundurkan diri secara terhormat kerana kehadiran mereka akan hanya melembabkan perkembangan sepak takraw di Negara ini.

Daddy Kurapak: Sedih melihat sepak takraw di Brunei tidak sepopular dulu. Malahan di arena antara bangsa Brunei sudah dapat di buli oleh pasukan-pasukan dari Australia, Jepun dan Korea. 

No comments: