Tuesday, December 23, 2008

Baling Kasut Ok kata Tuan Guru Nik Aziz




Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush

 

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.

"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam.

 Daddy Kurapak: Bush menghina Islam, dia patut dibawa ke pengadilan as war criminal.

No comments: