Monday, December 29, 2008

Solat Hajat untuk Rakyat Palestin


 

"Hermetically under siege, after decades of occupation and years of Intifada in which Israel destroyed the little infrastructure that the Strip ever had, following many months of total embargo on everything except basic food products, which brought the economy to a halt, with daily invasions of Israeli tanks and extra-judicial killings by Israeli airplanes, and now with gasoline supplies cut and electricity supply to be reduced soon, the Gaza Strip (1.5 million people, 80 percent refugees) is no longer the world's biggest open-air prison. It's a huge laboratory for human experimentation, run by the Israeli army."

Lancarkan demonstrasi, boikot dan solat hajat lindungi rakyat Palestin!

 

 

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -Selepas PAS mengutuk serangan Israel di Gaza, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa supaya dilancarkan demonstarsi di seluruh negara bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan biadap Israel itu.

 

Selain turut mendesak supaya bantuan ketenteraan daripada negara-negara Islam dihantar segera untuk melindungi rakyat Gaza.

Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ini kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.

"Kita menyeru umat Islam seluruh negara mengadakan dan solat hajat dan demonstrasi di semua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.

"Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap negara pengganas Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika da Israel," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Dalam masa yang sama Teras juga mengesa supaya semua kerajaan negara-negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Amerika yang menghalalkan tindakan Israel di Gaza. - azm _

 Daddy Kurapak: Orang mukmin itu umpama satu badan. Yang satu bahagian sakit, tersemua bahagian sakit - al hadith


No comments: